Jenayah

Warga emas ditemui mati tangan terikat, muka ditutup

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tangan terikat dan muka ditutup tuala di ruang tamu rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, dipercayai disamun malam tadi.

Wanita berusia 78 tahun itu ditemui anak perempuannya yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam selepas menguruskan bapa yang dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana sakit tua.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ketika pulang ke rumah anak perempuan mangsa mendapati pintu pagar dan jeriji tidak berkunci melainkan hanya pintu utama sahaja.

“Apabila masuk ke dalam rumah, wanita terbabit nampak mangsa di ruang tamu berada dalam keadaan tangan diikat dan kepala ditutup menggunakan tuala.

“Wanita itu kemudian memanggil jiran yang bekerja sebagai jururawat untuk melihat keadaan mangsa namun ambulans yang datang membuat pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk dan tiada kesan kecederaan atau luka pada kepala mangsa, tetapi terdapat kesan lebam pada leher selain rantai emas serta cincin milik mangsa hilang dipercayai disamun.

“Berdasarkan maklumat dari anak mangsa, sebelum kejadian ada seorang pembantu rumah sementara warga Indonesia berusia 30-an diupah membersihkan rumah.

“Kita sedang giat mengesan pembantu rumah terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");