Isu Panas

Perkembangan Johor buat MCA kerja lebih kuat

KANGAR – “Perkembangan politik di Johor memberi dorongan? lebih kuat kepada MCA untuk bekerja lebih kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, BN Johor juga tidak goyah dengan pelantikan bekas pemimpin Umno Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Saya yakin parti itu ditubuhkan atas dasar kepentingan peribadi semata-mata dan bertopengkan perjuangan membela rakyat yang mereka dakwa gagal dilaksanakan BN,” katanya selepas merasmikan mesyuarat MCA Perlis di Wisma MCA Perlis di sini, malam tadi.

Tee Yong yang juga Pengerusi Perhubungan MCA Perlis berkata pembangkang dilihat masih tidak boleh bersatu padu dan tidak mempunyai pendirian yang teguh.

“Mereka (pembangkang) hanya mempunyai matlamat untuk mendapat lebih banyak kerusi tetapi tidak mempunyai haluan dan visi yang jelas untuk membantu rakyat,” katanya.?

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");