Berita Hari Ini

Rayuan Anwar teruskan tuduhan qazaf ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim syarie dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zin sebulat suara memutuskan demikian selepas Anwar Ibrahim gagal mengemukakan bukti supaya pendakwaan dimulakan terhadap Mohd Saiful.

“Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa eksklusif untuk memulakan atau tidak prosiding pendakwaan,” katanya.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010 yang mengetepikan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pihak pendakwa syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf.

Responden terdiri daripada Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");