Jenayah

JKDM rampas rokok dan arak berjumlah RM10.5 juta

KLANG 25 Dis. – Sebanyak 37 kontena berisi rokok dan arak dianggarkan bernilai RM10.5 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kapal dagang berhampiran Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini, Jumaat lalu.

Rampasan itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perkastaman dan Pematuhan JKDM, Datuk Subromaniam Thosaly hasil maklumat awam termasuk risikan pihak berkuasa mengenai pergerakan kapal tersebut yang dipercayai dalam perjalanan dari Indonesia ke Filipina sebelum ditahan pihaknya kira-kira pukul 2.30 petang pada hari berkenaan.

“Berdasarkan hasil siasatan, kita menemui 37 kontena berisi rokok dan arak yang bernilai kira-kira RM10.5 juta yang belum mendapat kelulusan daripada JKDM. Manakala, nilai keseluruhan cukai bagi rokok dan arak kita anggarkan berjumlah RM60 juta hingga RM80 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Wisma Kastam Selangor di Pulau Indah di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");