Isu Panas

UMNO Bukit Mertajam bantah program ‘Bebas Anwar, Selamatkan Malaysia’

BUKIT MERTAJAM: UMNO Bukit Mertajam hari ini, mendesak penganjur program solidariti ‘Bebaskan Anwar, Selamatkan Malaysia’ menurunkan papan iklan yang dipasang di tiga kawasan dalam daerah ini, kerana didakwa mengandungi unsur hasutan.

Setiausahanya, Fauzi Shariff, berkata pemasangan papan iklan berhubung program solidariti yang dianjurkan pada 9 hingga 12 Januari ini disifatkan mampu menggugat keamanan negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya sudah membuat tiga laporan polis meminta tindakan segera diambil terhadap penganjur, selain mendesak papan iklan dipasang dalam kawasan berkenaan diturunkan.

“Kita terkejut selepas dimaklumkan terdapat tiga papan iklan dinaikkan di kawasan persimpangan Jalan Permatang Tinggi, Alma dan Bukit Teh di sini, berhubung penganjuran program berkenaan.

“Himpunan ini tidak sepatutnya dianjurkan kerana mahkamah sudah memutuskan perkara itu dan ia wajar dihormati semua pihak,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fauzi berkata, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diminta menghormati keputusan mahkamah dan tidak berterusan mencabar pihak berkuasa di negara ini.

“Tindakan mengadakan himpunan dan ceramah itu hanya memburukkan keadaan dan kita menentang penganjuran program ini yang dilihat memberi kesan buruk kepada rakyat serta menjejaskan keharmonian negara,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");