Perak Hari Ini

Buruh Miliki Heroin 1.4 Kilogram Ditahan

IPOH : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya menahan seorang buruh kerana didapati memiliki dadah jenis heroin seberat 1.4 kilogram, di Taiping.

Ketua JSJN Perak, ACP R Ravi Chandran berkata, lelaki tersebut ditahan oleh anggota polis pada 31 Januari lalu pada jam 11 malam.

“Suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan di tepi jalan di Simpang, Taiping.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis heroin anggaran berrat 1,404 gram,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau yang mana kesemuanya bersangkutan dengan kes jenayah dan dadah.

Beliau berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian air saringan awal air kencing.

“Nilai kesemua rampasan dadah adalah RM35,100 selain sebuah motorsikal jenis Honda EX5 turut dirampas,”katanya.

Mengulas lanjut, Ravi Chandran berkata, dadah yang dirampas dianggar boleh dibekalkan untuk 930 penagih dadah.

Beliau berkata lagi, dadah tersebut disyaki unduk diedar di sekitar kawasan Taiping.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai 1 Februari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan, boleh dikenakan hukuman mandatori, gantung sampai mati,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");