Panasnya Hari Ini

Isu Forest City: Tun M Cuba Takutkan Orang Melayu

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed mempolitikkan pelaburan Forest City hanya untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong kerajaan negeri.

Jelasnya projek itu bukan milik China dan tidak mungkin 700,000 rakyat China akan dibawa masuk dan diberikan kerakyatan.

“Dia sengaja hendak menakutkan Johor. Forest City adalah projek kerajaan negeri. Sebanyak 42 peratus milik rakyat tempatan dan kerajaan negeri juga ada saham,” katanya berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Parti GERAKAN Johor pada Ahad.

Mohamed Khaled berkata, Dr Mahathir sengaja memainkan sentimen orang Melayu kerana pilihan raya umum (PRU) semakin dekat dan dia mahu orang Melayu marah dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pembangunan di Forest City hanya membabitkan keluasan kira-kira 0.1 peratus daripada keseluruhan Johor dan terhad kepada pembangunan di pulau buatan.

“Mana ada 700,000 orang China boleh dapat kerakyatan. Itu semua hendak menakutkan orang Melayu. Dia (Dr Mahathir) tahu orang Melayu dengan Cina, sebab itu dia mainkan sentimen itu,” katanya memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi sebanyak 42 peratus saham projek Forest City dimiliki oleh rakyat tempatan termasuk kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Sebelum ini Dr Mahathir mendakwa Johor Bahru akan didiami 1.5 juta warga asing, manakala 700,000 warga asing yang akan membanjiri projek mega Forest City di Gelang Patah akan diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");