Jenayah

Taktik Sembunyi Dadah Dalam Kotak Minuman Gagal

KOTA TINGGI : Dua lelaki ditahan dalam satu tangkapan pada petang semalam apabila taktik mereka menyembunyikan dadah dalam kotak minuman bagi mengaburi mata pihak polis gagal.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 3.00 petang oleh anggota bertugas ronda cegah jenayah Balai Polis Batu Ampat ketika meronda di kawasan Jalan Lukut.

Menurutnya, anggota berkenaan telah menahan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan heroin disembunyikan di dalam satu kotak minuman mangga berwarna kuning yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu.

“Ekoran itu, kedua-dua suspek berusia 21 dan 22 tahun dari Tanjung Sedili yang turut positif dadah telah ditahan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Turut dirampas, satu paket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin berat anggaran 0.96 gram, tiga paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu anggaran 15.06 gram, tiub kaca yang diubah suai dipercayai alat hisap dadah, satu kotak minuman, Proton Wira serta serangkai anak kunci.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk tindakan lanjut dan ditahan reman tiga hari sehingga 12 Februari untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");