Perak Hari Ini

Jumpa Mayat Lelaki Terapung

LUMUT:Bilik operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, menerima panggilan berkaitan penemuan mayat lelaki terapung di kawasan perairan Pulau Pangkor hari ini.

Berikutan itu, Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Zulinda binti Ramly telah mengarahkan Kapal Maritim Tugau yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Hasrul Ashraf Mohd Nasir ke lokasi kejadian untuk mengambil mayat tersebut.

Menurutnya, berdasarkan dari pakaian yang dipakai oleh mayat tersebut adalah dipercayai mangsa yang jatuh laut pada 4 Mac yang lalu iaitu Khairolafni Ahmad Ghani.

Malah jelasnya keluarga mangsa telah dihubungi untuk membuat pengecaman mayat sejurus Kapal Maritim KM Tugau setibanya di Jeti Kastam sebentar tadi.

“Kapal Maritim Tugau menyerahkan mayat kepada pihak polis lebih kurang jam 3 petang tadi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");