Jenayah

17 Mei Sebutan Semula Kes Rempuh 8 Maut

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret Trafik, hari ini menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula pertuduhan terhadap jurujual wanita yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Februari lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Majistret Salina Omar menetapkan tarikh itu bagi pengurusan kes selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Mohd Nasir kerana laporan forensik belum siap sepenuhnya.

Terdahulu, Muhammad memohon mahkamah tempoh empat minggu untuk serahan dokumen.

Pada 28 Mac lalu, Sam Ke Ting, 22, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal.

Mahkamah kemudian menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi, 18 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");