Membawang Hari Ini

Terima kasih Wings – Yazit

Konsert Wings and Superfriends: Belenggu Irama yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah peminat-peminat Wings ternyata berpuashati dengan persembahan empat malam berturut Wings dan beberapa artis tempatan.

Datuk Awie, Eddie dan Black juga boleh tersenyum lebar kerana konsert itu berjalan lancar.

Seperti yang diketahui ramai, menerusi konsert itu juga Wings berusaha membantu artis-artis yang menghadapi masalah.

Antara yang dibantu ialah Yazit Ahmad bekas pemian drum Search yang menderita sakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi bantuan yang diberikan itu, Yazit mengakui terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Wings terutama Datuk Awie yang berusaha gigih membantu rakan-rakan artis.

“Saya sangat terharu dengan bantuan yang telah Wings berikan kepada saya dan artis lain yang sedang menghadapi masalah.

“Saya tidak menyangka Wings terutama Datuk Awie bersungguh-sungguh mahu membantu saya.

“Terima kasih Wings,” kata Yazit.

Yazit kini dalam persiapan mengeluarkan album kumpulan Rampage yang ditubuhkan 17 tahun yang lalu.

Album Rampage yang berjudul Rempuh akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");