Berita Hari Ini

Cari Mekanisme Terbaik Atasi Masalah Rumah Tidak Terjual

JOHOR BAHRU: Johor akan mencari mekanisme terbaik untuk menangani masalah rumah mewah yang dikatakan masih tidak terjual di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata langkah itu perlu dilakukan mengikut kesesuaian dasar yang diperkenalkan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pemaju dalam usaha menangani isu terbabit.

“Tuanku Sultan Johor secara umum menyentuh mungkin perlu dikaji soal kesesuaian dasar yang diperkenalkan dan supaya tidak selalu berubah.

“Jadi kita (kerajaan negeri Johor) akan memberi pertimbangan dan melihatnya. Perkara yang dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia itu pun dalam perhatian kerajaan negeri dan kita akan mencari (mekanisme) terbaik bagaimana kita boleh atasi soal rumah yang mahal, yang tak terjual,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kem Kesihatan Pasir Gudang 2017, di sini, hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam ucapannya sempena Majlis StarProperty.my Awards 2017: Jewels of Johor, malam tadi.

Dalam titahnya, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri bersama pemaju mencari penyelesaian mengatasi masalah harga rumah yang semakin tinggi dan gagal dimiliki.

Titah baginda, walaupun terdapat kuota khas untuk Bumiputera, ia masih tidak berfungsi kepada rakyat Johor untuk memiliki rumah.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan akan melihat semua perkara yang dibangkitkan Sultan Ibrahim dan kajian akan dilakukan merangkumi semua aspek.

“Kita akan lihat dan bincang apa sebab. Kita mahu penyelesaian situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");