Membawang Hari Ini

Adam Corrie Ajak Rakan Artis Sertai Kelas Dalami Islam

PELAKON Adam Corrie mengajak rakan-rakan artis untuk mendalami ajaran Islam menerusi kelas-kelas yang dianjurkan olehnya.

Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, berkata, sebagai pengerusi program Usrah Fitrah, dia menawarkan kelas berskala kecil untuk para artis mempelajari Islam dengan lebih mudah.

“Kami membuka kelas ini untuk para artis yang ingin mendalami Islam dalam skala kecil.

“Perkara ini dilakukan kerana mungkin ada dalam kalangan selebriti yang ingin belajar, namun segan menghadiri kelas secara terbuka.

“Buat masa sekarang kami menyediakan platform untuk mereka mendalami agama dalam skala kecil, khas bagi golongan yang dikenali ini.

“Kelas ini akan diadakan setiap minggu dan dalam masa yang sama melalui perkongsian yang dilakukan ini dapat sama-sama menambah ilmu untuk diamalkan,” katanya menerusi laporan Astro Gempak.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Kopi Badang, di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");