Panasnya Hari Ini

PRU 14 : Banyak Perkara Pelik Berlaku – Tun M

JASIN – Calon Parlimen LangkawiTun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara pelik berlaku dalam berdepan PRU14 ini kata yang juga pencabar bagi kerusi Parlimen Langkawi, .

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) berkata, antara perkara yang dianggap pelik adalah gambungan empat parti pembangkang iaitu PKR, Bersatu, Amanah dan DAP hingga semuanya bersepakat untuk menggunakan satu lambang sahaja iaitu lambang PKR.

Menurutnya, antara yang pelik lagi apabila pemimpin Umno pun berusaha mahu menjatuhkan Umno dan begitu juga pemimpin Pas mahukan jatuhkan parti Pas.

“DAP yang begitu sayangkan lambang roket pun buang lambang mereka dan gunakan satu lambang sahaja iaitu PKR.

“Keadaan ini sungguh luar biasa, saya sendiri dahulunya seorang pemimpin Umno pun sekarang saya jadi seorang pemimpin yang mahu jatuhkan Umno.

“Tapi apa boleh buat, kita dapati Mat Sabu (Mohamad Sabu) dulu ahli Pas sekarang dia nak hentam Pas.

“Kita dapati dulu Nik Omar dia anak Nik Aziz (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun berpendapat Pakatan Harapan adalah parti yang perlu di sokong oleh semua rakyat berbilang kaum,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kempen yang dianggap sebagai amanat akhir sebelum berdepan PRU14 di Merlimau, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Harapan negeri, Adly Zahari dan calon-calon yang mewakili Harapan di kawasan Parlimen Jasin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");