Perak Hari Ini

PPANPk, UiTM Cawangan Kedah Memeterai MoA

IPOH : Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak (PPANKp) dan UiTM Cawanagn Kedah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam membangunkan Projek Rangkaian Sistem Penilaian Pelaporan Prestasi Perpustakaan Negeri Perak (Eztat).

Pengarah PPANPk , Mohammad Nazari Abdul Hamid berkata, semua perpustakaan di negeri Perak akan menggunakan sistem Eztat bermula Januari tahun hadapan.

“Tujuan pelaksanaan projek Eztat ini adalah untuk melaporkan segala aktiviti, bilangan kunjungan, bilangan ahli dan segala aktiviti yang dijalankan di semua perpustakaan di negeri Perak.

“Selain itu, laporan yang akan dimasukkan oleh kakitangan juga adalah secara atas talian yang mana boleh diakses di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja,”katanya semasa satu sidang media hari ini.

Turut hadir, Tuan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Prof Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid bagi bersama-sama memeterai MoA hari ini.

Menurut Nazari, sebanyak 71 buah perpustakaan seluruh negeri Perak terlibat dalam pelaksanaan projek Eztat ini.

“Perpustakaan yang terlibat adalah perpustakaan desa, perpustakaan cawangan dan perpustakaan bergerak,” katanya.

Pengarah PPANPk , Mohammad Nazari Abdul Hamid
Tuan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Prof Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid

Tambah Nazari, beliau berharap projek ini dapat membantu pihak perpustakaan bagi mendapatkan data yang telus.

“Projek ini akan Membantu dalam melancarkan pengurusan laporan dan rekod PPANPk sekaligus dapat memudahkan PPANPk membuat penilaian dan pelaporan prestasi bulanan serta tahunan bagi semua perpustakaan di negeri Perak.

 

“Seterusnya membantu pihak perbadanan sendiri untuk dijadikan modus operandi dalam menentukan dasar perpustakaan pada masa akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");