Perak Hari Ini

Kelompok B40 Sambut Baik Keprihatinan TIC

IPOH- Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) akan memberi keutamaan kepada kelompok berpendapatan rendah (B40) untuk memperoleh bantuan pengajian tinggi sekaligus melunaskan tanggungjawab sosial terutamanya untuk pelajar di luar bandar.

Selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, TIC telah menawarkan Biasiswa Pengajian Tinggi B40 kepada kelompok itu untuk meringankan beban kewangan mereka serta memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlah dalam bidang yang diceburi.

Salah seorang penerima biasiswa, Muhd Zahin Zainal,18, yang merupakan pelajar jurusan automotif berkata, bantuan ini sememangnya meringankan beban keluarganya terutama dalam hal kewangan.

“Melalui biasiswa ini, yuran pendaftaran saya ditaja dan TIC juga menyediakan penginapan secara percuma untuk satu tahun serta elaun bulanan latih dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar” katanya.

Selain itu, Siti Asa Darus, 56, ibu kepada seorang penerima bantuan berkata, dia sangat bersyukur biasiswa ini  membantu anaknya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati iaitu pendidikan awal kanak kanak.

“Pada awalnya agak susah untuk saya memberi peluang kepada anak saya disebabkan faktor kewangan,oleh kerana saya tidak bekerja dan mempunyai 10 orang anak namun melalui keprihatinan TIC, impian anak saya akhirnya tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berkenaan isu pengajian tinggi B40 yang diadakan di Kolej Antarabangsa Taj (TIC), hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajudin memberitahu pemberita bahawa sasaran kuota hanya dibuka kepada 70 orang sahaja namun pihaknya mungkin akan menambah lebih banyak peluang tersebut untuk membantu lebih banyak kelompok B40 yang sepatutnya mendapat pendidikan setaraf dengan yang lain.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");