Berita Hari Ini

Rakam Kesalahan Lalu Lintas Boleh Dikenakan Tindakan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata ia termaktub dalam larangan penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan yang diperuntukkan di bawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Katanya, mana-mana pemandu dilarang menggunakan alat komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan mereka yang melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna jalan raya yang merakam kesalahan lalu lintas menggunakan telefon bimbit hendaklah dalam kalangan bukan pemandu.

“Sekiranya didapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diserahkan kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan pemandu yang memandu kenderaan terbabit ketika kesalahan dilakukan.

“Tempoh ini mengambil masa 14 hari untuk pemilik kenderaan mengemukakan pemandu yang diarahkan hadir ke pejabat JPJ,” katanya kepada BH, hari ini.

Kamarudin berkata, selepas pemandu hadir ke pejabat JPJ yang berhampiran dan siasatan dijalankan, pegawai JPJ akan mengeluarkan notis saman atau perintah hadir mahkamah dalam hari yang sama siasatan dijalankan.

Ditanya jika pemandu terbabit pergi ke lorong kecemasan kerana berlaku kerosakan kenderaan dan ada orang merakamnya, beliau berkata mengikut kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959, pemandu dibenarkan atau diberi pengecualian menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan kecemasanseperti kereta rosak atau sebab kecemasan lain.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata semua aduan yang diterima akan disiasat termasuk kemungkinan gambar dirakamkan oleh pemandu kenderaan yang menyalahi undang-undang penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

“Setiap aduan sepanjang Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri yang disalurkan kepada JPJ akan disiasat,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, pengguna jalan raya boleh merakam gambar kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri ini dan menyalurkannya kepada JPJ.

Op Selamat 15 yang mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ sempena sambutan Aidilfitri akan bermula esok sehingga 12 Jun ini lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");