Perak Hari Ini

JPJ Perak Pinjamkan Lapan Anggota Ke Pulau Pinang

IPOH: Seramai lapan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dipinjamkan ke JPJ Pulau Pinang susulan penahanan dan siasatan kes rasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggota penguatkuasa agensi berkenaan.

Pengarah JPJ Perak Severinus Tukah berkata kesemua anggota yang dipindahkan itu terdiri daripada anggota di Ipoh dan Taiping.

Katanya walaupun ada berlaku kemalangan kecil membabitkan anggota JPJ dari Ipoh ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang namun, bilangan anggota yang dipinjam terus dikekalkan.

“Ada dua pasukan. Satu dari Taiping, satu dari Ipoh. Cuma pasukan dari Ipoh ada mengalami kemalangan kecil. Namun kita tetap kekalkan dua pasukan.

“Kita pinjamkan kesemuanya lapan orang. Kita akan terus membantu selagi diperlukan. Ianya bersifat sementara, sehingga kita menerima arahan untuk menghentikannya dariapda Ibu Pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada program pengedaran 1,000 bungkus bubur lambuk di Pejabat JPJ Perak, di sini, hari ini.

Program pengedaran bubur lambuk yang menyasaekan kakitangan JPJ dan orang ramai itu turut dihadiri ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Terdahulu, JPJ Pulau Pinang dilapor mengesahkan kesemua anggota daripada Perak dan Kedah telah dipinjamkan sejak beberapa minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");