Rekod jabatan itu menunjukkan kebakaran kediaman akibat elektrik dalam tempoh tersebut pada 2016 berjumlah 293 kes (56.7 peratus), 253 kes (54.8 peratus) pada 2017 dan meningkat kepada 365 kes (58.5 peratus) pada 2018, katanya.

Menurutnya, antara faktor yang dikenal pasti adalah penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat penyambungan terlalu banyak alat pada satu soket, wayar rosak atau terpintal dan kecuaian mengendalikan perkakasan elektrik seperti seterika.

“Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap atau terlampau panas.

“Letakkan alat pemanas seperti seterika pada jarak satu meter daripada sebarang benda mudah terbakar sebab kadang-kadang kita lupa tutup dan apabila ia terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran,” katanya.

Amer turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya mencabut semua plug perkakasan elektrik daripada soket sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku semasa ketiadaan mereka lapor Bernama.