Panasnya Hari Ini

Anwar Serah Kepada Pihak Polis Siasat Penulis Buku

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

“Saya bagi polis habis siasat. Sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, dia ‘publish’ (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Jamuan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India, di sini, malam tadi, lapor Bernama.

Anwar berkata, laporan polis sudah dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul terhadap penulis berkenaan, yang dipercayai dibayar dan diupah untuk menghasilkan buku itu.

“Orang yang jadi penulis picisan ini dibayar, diupah dan (sudah tiba) masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan yang wajar,” katanya.

Sementara itu Johari, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, berkata laporan polis dibuat hari ini terhadap penulis manuskrip buku itu kerana mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap Anwar.

Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, katanya, beliau menerima manuskrip buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail pada 10 Jun lalu dan berpendapat tindakan itu amat tidak wajar serta bertentangan dengan prinsip kebebasan memberi pandangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");