Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Mahu Seragamkan Pemberian Kontrak

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan bahawa pemberian kontrak kepada syarikat kecil merupakan salah satu proses penyeragaman di mana setiap kontraktor boleh merasai kontrak melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Terdahulu, beliau diminta menjelaskan isu berhubung pemberian kontrak secara terus kepada sebuah syarikat konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) di kawasan perbandaran.

Katanya, kerajaan negeri telah menerima pelbagai cadangan dari pelbagai pihak dan dari cadangan tersebut, mereka telah memilih sebuah syarikat yang mana akan memberikan perkhidmatan seperti yang dikehendaki.

“Tentang untuk mengadakan tender, kerja-kerja ini adalah kerja-kerja ‘niche’ dan tidak melebihi dari perkara yang dikehendaki kepada syarikat berkenaan lakukan.

“Daripada banyak cadangan yang diterima, diikuti penyampaian taklimat kepada barisan exco, akhirnya semua sepakat untuk menerima syarikat berkenaan untuk diberikan konsesi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sambutan Hari Penglihatan Sedunia Negeri Perak 2019 di Hospital Sungai Siput, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Faizal, tindakan tersebut adalah langkah terbaik selain dari memberi peluang kepada syarikat-syarikat G1 yang baru, di mana sebelum ini hanya sekelompok golongan sahaja yang sentiasa mendapat kontrak terutamanya dari syarikat kontraktor kecil-kecilan ini.

“Melalui konsesi terbaru ini, kerajaan negeri telah mencari satu kaedah bagaimana untuk kita memecahkan kerja-kerja kecil penyelenggaraan kepada kontraktor terutamanya kepada kontraktor-kontraktor baru untuk memulakan usaha di dalam kerja penyelenggaraan jalan.

“Kita juga sedia maklum bahawa dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini, kerajaan telah pun menganugerahkan konsesi-konsesi penyelengaraan jalan persekutuan dan jalan-negeri,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan di bawah peruntukan MARRIS bernilai RM1.15 billion.

“Beritahu kontraktor berkenaan untuk menyemak semula fakta yang dikemukan kerana perkara ini tidak benar di mana perkara yang dilakukan hanyalah kerja penyelenggaraan jalan-jalan majlis daerah, perbandaran dan majlis bandaraya.

“Semak dari MARRIS kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kerana jumlah tersebut tidak benar.

“Jalan MARRIS juga termasuk dengan jalan negeri, jalan persekutuan serta jalan perbandaran bagaimana boleh mencecah nilai sehingga RM1.15 billion,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, masalah utama yang perlu semua pihak tangani adalah masalah penyelenggaraan jalan-jalan majlis daerah, bandaraya dan perbandaran bukannya mempersoalkan perkara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");