Panasnya Hari Ini

Najib: Saya Nak Bersihkan Nama Saya

Susulan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), bekas perdana menteri Najib Razak menjelaskan, beliau ingin menumpukan terhadap usaha untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan kualiti kepimpinan beliau.

Menurut satu rakaman video yang dikeluarkan portal Malaysia Gazette, beliau bercakap mengenai ketidaktentuaan politik Malaysia.

“Saya tengok apa nama politik Malaysia ini dinamik sudah berubah dan susah bagi kita ramalkan apa-apa. Yang tidak terfikir pun boleh berlaku (tertawa).

“Jadi pada saya ini bukan sama ada saya nak balik ke tidak.

“Tapi yang penting ini saya nak bersihkan nama saya. Saya nak tunjukkan kepemimpinan saya, bantu rakyat,” katanya.

Najib yang juga MP Pekan kini menggalas tugas penasihat BN walau pun tidak mempunyai jawatan rasmi dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Bekas perdana menteri juga sedang berdepan lima perbicaraan di mahkamah melibatkan pertuduhan kes 1MDB berjumlah RM2.28 billion, kes SRC antarabangsa (RM27 juta), kes IPIC (RM6.68 billion) dan kes audit 1MDB.

Perbicaraan kes 1MDB akan disambung pada 19 Mei.

Serahan lisan bagi perbicaraan SRC RM42 juta pula akan didengar pada 1 Jun, manakala perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB akan bersambung pada 15 Jun depan.

Sementara itu, perbicaraan kes SRC RM27 dan kes IPIC RM 6.6 billion masih belum bermula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");