KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia sedang mencari lelaki warga Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Lelaki berusia 25 tahun itu memiliki pasport bernombor BW0974403 dan alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, 85. Jalan Loke Yew 55200 Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen, Nurulmasha NAzlinan Hussin di talian 03-88801298/1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-8801555 selepas waktu pejabat. – MalaysiaGazette
Komen & Pendapat