Berita Hari Ini

“Perbelanjaan Berhemah” Kerajaan Pulau Pinang Sebabkan 23 Projek Kebajikan Rakyat Gagal Siap – Ketua Pembangkang

“Perbelanjaan berhemah” kerajaan Pulau Pinang yang hanya menggunakan 54 peratus daripada peruntukan pada 2010, menyebabkan 23 projek untuk kebajikan umat Islam di negeri ini tidak dilaksana.

Ketua Pembangkang di Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata perkara itu didedahkan menerusi laporan audit yang turut menyatakan perbelanjaan tersebut hanya untuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.

Antara 23 projek yang gagal dilaksana akibat kegagalan kerajaan negeri membelanjakan sepenuhnya peruntukan 2010 ialah enam projek membezarkan masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah murah dan dua projek mahkamah syariah, katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

Terdahulu Azhar (BN-Penaga) membangkitkan perkara tersebut semasa membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri pada sidang dewan undangan negeri di sini.

Antara lain katanya kerajaan negeri pimpinan DAP itu mentadbir Pulau Pinang seperti sebuah perniagaan dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek kebajikan rakyat serta keperluan infrastruktur negeri.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");