Galeri

Majlis Penyampaian ‘Angpou’ Sempena Tahun Baru Cina 2018

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut berkesempatan menyampaikan ‘angpau’ kepada masyarakat setempat serta sumbangan kerajaan negeri kepada badan NGO yang memerlukan.

Ia merupakan sebahagian daripada rutin tahunan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor apabila tiba musim-musim perayaan.

Zambry juga sempat beramah-mesra bersama penduduk tempatan yang hadir.

Antara yang turut hadir bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip serta Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Datuk Ismail Saffian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");